Saturday, March 17, 2012

Fasa Baru

Assalamu'alaikum wbt.

Sudah 2 minggu saya melangkah ke tahun baru pengajian. Bermula 2 Mac 2012 bermulanya fasa baru buat saya dan rakan-rakan batch 9. Kami dah jadi pelajar tahun ketiga sekarang ni. Bagi mereka yang dulu mengambil diploma di DMU, maknanya sudah 2 minggu mereka memulakan pengajian ijazah sarjana muda di universiti pilihan masing-masing. Dah tua rupanya kami ni. Huhu.

Sudah tahun tiga. Sudah ada 3 batch junior di bawah. Maknanya sudah 3 tahun kami berada di bumi Sonata ini. Tahun ini sudah masuk tahun keempat kami menuntut ilmu di Korea Selatan. Cepat sungguh masa berlalu. Terasa macam baru semalam kami menjejakkan kaki ke sini.

Dalam masa 3 tahun ini sudah banyak yang berlaku. Berlaku perubahan dari fasa ke fasa. Bermula di LEI, SNU belajar bahasa Korea selama setahun saya menyambung pengajian ijazah sarjana muda di Sungkyunkwan University. Masuk tahun kedua di universiti saya memilih untuk mengambil jurusan kejuruteraan elektrik dan elektronik. Kemudian sekarang ini sudah tahun ketiga saya seharusnya sudah mengetahui minat saya lebih menjurus ke arah apa. Ke arah elektrikkah atau ke arah elektronikkah? Perlu juga memikirkan bidang kerja yang saya akan lakukan seusai graduasi nanti. Banyak betul fasa baru yang berlaku kan? Fasa perubahan yang makin mematangkan diri.
Jika dulu saya selalu bertanyakan senior-senior tentang subjek-subjek yang perlu diambil atau sebagainya. Sekarang ini junior-junior pula yang datang tanya saya perihal yang sama. Jika dulu saya dilayan dengan baik oleh senior-senior sekarang ini saya pula yang perlu melayan junior-junior. Sungguh putaran kehidupan berlaku di situ.

Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan saya peluang untuk merasai semua ini. Syukran lillah. Hamdan lillah. Life is actually full of pleasant surprises isn't it? We have to be grateful for every thing; small or big. Kita tak jangka pun apa yang akan terjadi dalam hidup kita bukan? Walau apa pun yang akan terjadi, kita harus bersyukur dengan apa yang berlaku. Diberikan nikmat kesihatan kita bersyukur. Diberikan nikmat kesakitan pun kita perlu bersyukur. Bila sihat kita bersyukur kerana boleh melakukan semua kerja tanpa keterbatasan kudrat. Bila sakit pula kita bersyukur kerana mungkin ALLAH sedang kifarah dosa-dosa kita. Insya-ALLAH.

Rupa-rupanya sudah tidak berapa lama lagi saya akan meninggalkan bumi Sonata ini. Ada lebih kurang 2 tahun je lagi. Tahun ini dan tahun depan. Kemudian saya akan kembali ke Malaysia mencurahkan bakti. Insya-ALLAH. Sayang pula rasanya mahu meninggalkan tanah Korea Selatan yang banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis ini. Sayang rasanya mahu meninggalkan bumi Sonata yang masih terasa kehangatannya walaupun pada musim dingin. :'(

Moga fasa baru yang berlaku ini dapat diharungi dengan tabah dan sabar. Insya-ALLAH. Tahun ketiga pengajian kalau mengikut kata senior-senior memang tahun yang sangat mencabar. Penuh dengan subjek major yang 'membunuh' dengarnya. Huhu.

Nota 1: Selamat melangkah ke semester baru buat semua. ^^
Nota 2: Selamat tinggal Humaira'. Selamat datang Aswad :') Sedih sebenarnya nak lepaskan awak, Humaira'. Dah hampir tiga tahun kita bersama kan? Huhu. Tapi memandangkan zaman sudah semakin maju (hoho), saya terpaksa melepaskan awak pergi. Aswad, harapnya kehadiran awak dapat mengubat rindu saya pada Humaira' ye.
Nota 3: Sedang mencari tempat untuk praktikal di Malaysia. Doakan semua urusan dipermudahkan ye.

73 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum Nadzipah..

boleh x saya tanyakan sesuatu..
bagaimana untuk sambung study ke sana?
ada x dari s2 untuk sambung study di sana?..

terima kasih..

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Boleh. Insya-ALLAH saya jawab setakat yang saya tahu ye.

Bagaimana untuk sambung study ke sana?
--> Melalui keputusan SPM, boleh pohon biasiswa JPA. Sekarang ni boleh juga pohon biasiswa MARA dan Mindef. Untuk JPA, semuanya jurusan kejuruteraan. Untuk Mara sekarang ini ada animasi dan dengarnya akan dibuka beberapa jurusan lain juga. Untuk Mindef, kejuruteraan.

Boleh juga pohon biasiswa Korean Government. Namun tempat agak terhad. Hanya sekitar 10 orang sahaja yang diterima setiap tahun.

Ini semua untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di Korea Selatan.

Untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD pula boleh juga pohon biasiswa Korean Goverment dan biasiswa daripada lecturer.

Ada x dari s2 untuk sambung study di sana?
--> Hmm..maksudnya student yang ambil degree sambung ke master ke? Ada. Tapi student tu kena cari sendiri la scholarship yang akan support pengajian dia di sini. Setakat ni JPA belum ada lagi offer scholar untuk sambung master.

Sama-sama. Harap menjawab soalan.

Anonymous said...

ooh,begitu..terima kasih ya..
sy sekarang tengah ambil sarjana muda di indonesia..jadi ada niat nak sambung kat sana tapi xtau macamana pengurusannya..

teringin juga nak cari pengalaman baru dalam pendidikan di bumi sonata.:)

apa2 pun,terima kasih banyak2 ye sebab memberi jawapan..:)
doakan saya ya...
pengalaman yang kamu ceritakan di atas amat menarik.:).

Nadzipah said...

Oho. Sedang menyambung pengajian di Indonesia rupanya. Patutlah ada perkataan S2 tu. Ambil medik ke? Hmm..setakat ini kalau medik belum ada lagi yang datang ambil master atau PhD di sini. Kebanyakannya course yang berkaitan dengan teknikal sahaja.

Terima kasih juga sudi baca coretan saya yang tidak seberapa ini. :')

Sama-sama. Insya-ALLAH, saya doakan awak sukses dalam pengajian dan setiap apa yang awak lakukan. Semoga sentiasa diredhai dan dirahmati-NYA. Insya-ALLAH.

Anonymous said...

sy ambik bahgian konseling..
yeke?.xpe la.tetap nak gi sana juge..
teringin merase negara luar dengan bahasa berbeza..:)

amin..terima kasih banyak2..:)
selamat berkenalan..(n__n)

Nadzipah said...

Oho. Ambil kaunseling. Satu bidang yang bagus.

Boleh je nak sambung bidang kaunseling di sini pun. Boleh teroka benda baru kan?
Moga berjaya mencapai cita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang kaunseling di Korea Selatan.

Sama-sama.
Salam taaruf. =)

Anonymous said...

assalamualaikum..
Nadzipah.. sy pernah menjejakkan kaki di Yonsei University Seoul Korea November tahun lepas..melawat Faculty of electrical Engineering mereka..dan eventually, sy rs tertarik nk sambung master disana..post awak buat sy rs makin bersemangat nk capai objektif sy..cuma sy risau berkenaan funding..mcamana kos hidup disana? selain MARA, JPA & Mindef, tahu x apa2 lg scholarship yg boleh membantu sy? sy akan grad pertengahan tahun depan..so that sy dah mula mcari2 info..harap awak boleh bantu saya..thanx a lot :)

Anonymous said...

trima kasih bnyk Nadzipah.. :)i'll try my best..sy juga doakan yg terbaik utk awak..semoga kita bertemu di menara gading suatu hari nanti :)

fatin farzana said...

assalamualaikum,,kak
nak tanye,,mcm mane eh nk sambung study kat korea??course kejuruteraan jeke yg boleh smbg ijazah katsane?

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt, Fatin Farzana.

Untuk pengajian undergraduate (degree), boleh apply biasiswa JPA selepas dapat keputusan SPM.

Ataupun boleh apply biasiswa Korean Governemnt.

Untuk post-graduate, boleh apply Korean Government jugak ataupun apply biasiswa under professor.

Harap membantu. :')

fatin farzana said...

thanks akak,,

nadhrahrdzn said...

Salam sis,

Nak tnya kalau nak belajar Korean Language kat Korea boleh apply scholarship tak ?
Saya actually tgh buat foundation kat SEGi walaupun dpt tawaran UiTM.
Sekarang minat nak belajar language pulak. Tapi kalau nak tanggung semua kos mcm mahal so harap la ade scholarship.

Thank you

Nadzipah said...

Salam nadhrahdzn.

Awak nak ambil degree in Korean Language ke? Kalau nak ambil degree in Korean Language boleh saja apply Korean Government scholarship.

Tapi kalau sekadar mahu ambil sijil bahasa Korea memang setakat ini tak adalah lagilah scholarship untuk itu.

Oho. Sedang buat foundation di SEGi. Nanti sepatutnya ambil course apa ya?

Kos pengajian di sini memang agak mahal sebenarnya. Memang kalau nak tanggung semua sendiri tu 'sakit' jugaklah.

Cuba awak tengok laman web rasmi NIIED : www.niied.co.kr

Mana tahu ada maklumat berkenaan permohonan biasiswa untuk tahun 2013/2014 ni. BOlehlah cuba apply.

Moga dipermudahkan urusannya. Insyaa-ALLAH. :')


nadhrahrdzn said...

Ohh takde lah sis, belajar biasa je asal fluent okay lah sbb nnt sng nak apply kerja kat korean company kat malaysia.

Sepatutnya sambung degree Accounting and Finance tp tak berapa minat la boleh buat la tapi minat penting kan hmm.

Kalau MARA takde bg biasiswa eh ?

Thanks sis

Nadzipah said...

Oho. Begitu rupanya.

Bagus dah course yang awak akan ambil nanti tu. Lagipun minat boleh dipupuk kan...:')

MARA ada biasiswa. Tapi bukan untuk bahasa sahaja lah. MARA setakat ini baru sahaja masuk second bacth yang dihantar ke Korea Selatan. First batch ambil animation. Second batch yang akan datang awal Mac nanti dengarnya akan ambil banyak lagi course baru yang lain.

Kalau JPA memang khas untuk kejuruteraan sahaja. Korean Government pula bebas untuk ambil degree dalam apa sahaja bidang asalkan tidak melebihi tempoh 4 tahun pengajian.

Harap membantu. :')


nadhrahrdzn said...

Oh macam tu ye sis.
Thanks sangat2 for the info :)

Kalau MARA tu saya boleh guna result SPM saya tak ? Tahun lepas punya. Valid ke eh ? Sebab foundation saya baru sem 2 ni jadi result full belum ada.
Harap ada course yang saya minat.

Thanks again sis :)

Nadzipah said...

Owh yang itu tak pasti.
Cubalah tengok gi laman web MARA. Mungkin ada syarat2 permohonannya di situ. Atau mungkin juga boleh buat pinjaman MARA. Yang itu boleh rasanya. :')

Semoga berjaya.

Anonymous said...

Salam. Saya lepasan stpm. Minat nak sambung dalam bidang bisnes kat korea,Rasa2nya Ada x biasiswa untuk bidang bisnes?

Nadzipah said...

Salam Anonymous. Boleh cuba apply biasiswa Korean Government. Biasiswa ni terbuka kepada semua bidang pengajian dengan syarat tidak melebihi 4 tahun.

Unknown said...

salam sis :)
sy feyka..sy bdk lepasan matrik
sy nak further study kat korea..
tpi sy mmg x amik physics..
sy juz amik biology,chemistry,
math, n science computer..
kan org ckp kat korea juz ade engineering jer,so sis rase course ape yg ade utk sy?
s'lain drpd JPA,biasiswa korea govermwnt ape je ade eyk?

sory susahkan sis..btw tq sis :)

Nadzipah said...

Salam Feyka.
Banyak je course lain.
Yang ambil engineering tu pelajar tajaan JPA.
Course apa untuk awak tu, saya tak pasti la.
Cubalah apply biasiswa Korea Government tu. Permohonan sedang dibuka sekarang ini.
Ada biasiswa MARA, tapi untuk lepasan SPM.
Rasanya setakat ini ada tajaan JPA, MARA dan Korean Government sahaja di Korea ni untuk pelajar Malaysia. Melainkan untuk post-graduated student, ada juga biasiswa daripada lecturer ataupun university.

Harap membantu. :')

Unknown said...

salam sis :)
sy feyka..sy nak tnye kat sis lgi leyh x??sy da bukak korean goverment tu,,ape beza graduate program ngan undergraduate program??kalu bisiswa MARA dye tgk result spm ker matrik??sy nak smbung major chemistry...hehe..so mcm mne nak apply U dkt korea?

fatin farzana said...

akak,,mcm mne eh dgn tmpt tnggl student dkt sane?disediakan atau kena cari sendiri?

Nadzipah said...

Fatin Farzana,

Untuk pelajar bahasa, pihak PPMK (Persatuan Pelajar Malaysia Korea) akan tolong carikan. Untuk pelajar degree, mereka perlu cari sendiri.

Unknown said...

salam . boleh x sebutkan ape kos2 yang ditawarkan di sane ? saye mrupakan lepasan STAM . kos ape yg dtawarkan unyuk lepasan diploma ? betol2 teringin mlanjutkan lajaran di sne .

Nadzipah said...

Salam Fatin Shahir. Kebanyakannya jurusan kejuruteraan. Tapi kalau awak nak try apply scholarship MARA, boleh je rasanya ambil course apa pun. Asalkan bukan berkaitan dengan medic.

Anonymous said...

Salam, saya baru lepas habis diploma dalam GIS. Sy agak tertarik dgn negara korea. Tp sy tak tahu universiti di korea ada tak kos yg berkaitan GIS. mcm mana saya nak tahu kos apa yg ditawarkan ya?

Sabieha

Nadzipah said...

Salam Sabieha.

GIS ni Geographic Information System ke? Hmm, sejujurnya saya kurang tahu mengenai bidang ni. Kalau engineering saya tahulah. Insyaa-ALLAH.

Saya pun tak tahu macam mana. Awak boleh try search la kot. Tak pun tanyalah lecturer awak berkenaan hal ini.

Maaf tak dapat membantu.

Anonymous said...

Wasalam. Oh, xpela kalau macam tu. Boleh saya nak email akak? Senang sikit nak tanya.

Sabieha

Nadzipah said...

Sabieha,

Ni email akak : wnmfarahfarisha@gmail.com

Kalau akak boleh jawab, akak jawab. Insyaa-ALLAH. :')

Anonymous said...

salam,akak kalau nak apply utk biasiswa study abroad(korea).result spm tu nak straight A ke??boleh ke apply biasiswa klu amek subjek akaun tp x de add math guna result spm?
harap boleh tlg :)

Nadzipah said...

Salam. Maaf lambat balas. Sekurang-kurangnya 8A dan ke atas. Itu akak tak pasti. Kalau tak silap kena ada add math tu...

Maaf. Akak pun tak ingat dah apa subjek yang diperlukan. Boleh try search kot syarat-syarat tu.

Boleh tengok sini syarat-syarat permohonan...

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/syaratPermohonan.php?program=JKPJ

Harap membantu. :')

syazanahishamuddin said...

assalamualaikum akak .. maaf gangu .
saya nk tnye kalau daripada diploma kite bolh x apply g blajar kt korea sane .. saya mmg amik electrical n electronic engineering .. n nk smbung degree ke luar negara insya Allah .. tp saya xthu cm ne caranye ..

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Syazana, maaf lambat balas. Boleh saja mahu apply. Insyaa-ALLAH. Cuba try scholarship Korean Government. Ataupun MARA.

In details tu akak tak tahu sangat la...tapi insyaa-ALLAH ada je. Try la search dulu pasal scholarship tu.

Harap membantu. :)

amalina said...

salam kak, saya nak tanya berkenaan dengan smbung study..sya akan habis ambil diploma elektronik engineering x lama lagi dan saya berminat nak smbung degree di korea oleh kerana mereka terkenal dengan kos engineering..pa prosedur yang perlu saya lakukan? and minima pointer untuk sambung berapa?

Nadzipah said...

Salam Amalina.

Maaf. Sejujurnya akak tak berapa familiar sangat dengan prosedur sambung degree selepas diploma ni. Nak-nak pula dari Malaysia ke Korea.

Tapi,Amalina boleh cuba check di website universiti-universiti yang Amalina rasa berminat untuk sambung di situ dan tanyakan pihak universiti sendiri tentang prosedur-prosedurnya. Sebabnya kemungkinan besar prosedurnya berbeza untuk setiap universiti.

Dan biasanya sekarang ini sehingga Oktober nanti universiti di Korea sedang membuka pendaftaran untuk kemasukan semester musim bunga 2014 (Mac 2014).

Kalau kami di sini lepas CGPA 3.0 and above boleh la apply. Rasanya lebih kurang gitu je kut.

Harap membantu.

Anonymous said...

Assalamualaikum, kak. Nak tanye boleh ke lepas spm, kite terus sambung degree kat korea? Thanks in advance :)

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam.

Boleh. Biasanya student yang ambil degree kat sini pun datang dengan result SPM. Dapat biasiswa JPA ataupun MARA. Buat persediaan bahasa selama 9 bulan di INTEC kemudian akan fly ke Korea. Di sini, ambil pengajian bahasa Korea selama setahun sebelum ambil degree.

Harap membantu. :)

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tanya, sekarang saya tengah menyambung tingkatan 6. Kalau saya nak belajar dekat korea selepas tamat tingkatan 6 boleh tak? or open untuk lepasan spm je? degree tak ke?

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Annie Lee, setahu saya untuk yang apply scholarship JPA dan MARA bagi undergraduate students, setakat ni memang untuk pelajar lepasan SPM sahaja.

Tapi mungkin awak boleh cuba apply scholarship Korean Government.


faezahtul syafiqah said...

assalmualaikum, sya sgt berminat utk menyambung pelajaran di korea dlam bidang bahasa , boleh saya tahu apakah syarat kelyakan yg diperlukan?

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Faehzatul Syafiqah, awak mungkin boleh apply biasiswa Korean Government. Sebab biasiswa itu tidak meletakkan syarat untuk pemegang biasiswa mengambil course yang khusus.

Saya tak pasti syarat-syaratnya, awak boleh check di website ini: http://www.studyinkorea.go.kr/en/main.do

Harap membantu.

Unknown said...

salam..akak..saya aina nk tnya psal prgram study kt korea tu..saya bru thn pertama dekat u ambil bidang fizik..tp dr dlu lg saya minat bhs..sy xtau mcm mna nk mintak klu nk ambik program bhs.baca blog akak bru sy tahu ada tentang program korean language..boleh ke sy nk minta jika sya dh bljr di universiti???

Nadzipah said...

Salam Aina. Kalau untuk belajar bahasa Korea sahaja dengan tajaan macam tak ada.

Kalau biasiswa Korean Government, biasanya untuk undergraduate student, belajar bahasa setahun then ambil degree dalam apa-apa bidang yang diminati 4 tahun.

Kalau biasiswa JPA/ MARA/ Mindef, memang khusus untuk pelajar lepasan SPM.

Tapi kalau awak nak belajar bahasa Korea sahaja, boleh saja mohon di mana-mana institute pengajian bahasa Korea seperti di Seoul National University, Sungkyunkwan University, Hanyang University, Ewha Woman's University dan lain-lain universiti. Cuma prosedur untuk memohon tu akak tak pasti la.

Sebenarnya di universiti-universiti di Malaysia pun dengarnya dah ada sediakan pengajian bahasa Korea.

Cubalah awak search. Harap membantu.

unul said...

Salam akak, sy ne tgah ambik diploma in syariah, sy nak tnya sal program kat korea, ada tak yg menawarkan untuk lepasan diploma nnnty macam sy ne, pendidikan or apa ka?? sy teringin juga nak sambung kat korea tu, tapi tak tahu macamna? huhu

Nadzipah said...

Salam Unul. Sebenarnya kalau di Korea sendiri, ada je pelajar yang ambil diploma dulu then sambung ambil degree. Tapi mereka ni memang dah dapat scholarship daripada awal dan bidangnya hanyalah engineering.

Kalau yang daripada Malaysia ambil diploma dan nak sambung degree di Korea tu... belum ada lagilah setakat ni.

Yang adanya, yang sambung master atau PhD. Yang itu ramailah.

Tapi mungkin awak boleh search pasal nak sambung degree tu. Mungkin ada. Cuma akak je yang tak tahu.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Hai kak..saya pelajar lepasan spm..saya nak tanya, ada tak jurusan khas untuk pelajar dari Malaysia dalam bidang bahasa Korea?khas untuk bahasanya shj.? Dan jika ada, adakah boleh disambung sehingga peringkat ijazah dan seterusnya?
Terima kasih.. =)

Nadzipah said...

Wa'alaikumussalam wbt.

Sebenarnya ada je jurusan bahasa macam tu. Korea Literature. Tapi kalau nak ambil jurusan tu, setakat ni tak ada lagilah biasiswa yang diperuntukkan kepada pelajar.

Biasiswa JPA, MARA dan MINDEF semuanya untuk jurusan kejuruteraan dan ada jurusan berasaskan sains sahaja.

Melainkan kalau awak cuba apply Korean Government Scholarship. Yang itu boleh ambil apa sahaja jurusan asalkan tempoh pengajian ijazahnya 4 tahun.

Unknown said...

As-salamu'alaykum..akak...
Saya masih belum mnduduki SPM..
Tetapi ingin melanjutkan pelajaran ke Korea dalam bidang arkitek...
Ada tak bidang arkitek...?

Unknown said...

assalam,..sy shafiqah...sy skang dh keje as a nurse..tp diploma jer dlu..tp sy ade hajat nk smnbng degree tp dlm bidang nursing..kat korea ade x kos tuk degree nursing??..or psychologist??...

sueibrhm said...

salam~

boleh tak nak email akak? nak tanya pasal sambung belajar di korea.

Anonymous said...

salam kak,
saya dapat 1A+,3A,2A-,4B
yang B tu chem,phy,bio,dgn english.
boleh tk saya mohon jpa ikut pengalaman kwn2 akak?
saya dh baca syarat permohonan tu sume.cuma saya risau dgn chem,english ngan phy saya.sbb saya dpt B je wlpun dia nk sekurang2nya A-.
terima kasih kak :-)

Anonymous said...

kak, saya dah bkk website korean embassy kt malaysia and korean government tu sewndiri tp mmg xde utk lepasan spm eh? klo bleh saye nk apply kt ehwa, yonsei xpon GNU tp scholarship tu semua mcm utk degree je. ade ke x ek utk lepasan spm? harap akak boleh tolong. klo bleh tlg email kt halfbloodivan@gmail.com

Unknown said...

hi, are you under the jpa kejuruteaan program?
i received that scholarship from jpa. but i need several inquiries so that i can convince my parents to allow me accept this program. here are the following inquiries:

1. How is the course? how long is the diploma and degree? will it be done in korea straight away or in malaysia?

2. If i beak my bond half way wat will happen? if i do not meet the score they want, wat will happen? Do i pay back?

3. How is the classes? is the exams in korea? Lectures teaches in korean? No english at all?

4. Is leaning the language difficult? how are you doin in the program? is it do able? is it hard to met the score they required?

Sorry for asking so many questions but i hope u will be understanding and help me.

Thank you.

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya nak tanya kalau kita nak sambung belajar dalam jurusan senibina di korea boleh tak.MARA dan JPA ada ke biasiswa untuk course ini

hartina said...

Assalamualaikum, saya berminat untuk menyambung phd dalam bidang statistik kejuruteraan, semangat saya makin berkobar kobar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di sana, so saya nak tanya pendapat awk, bagaimana persekitaran di sana? maksud saya dari segi penggunaan bahasa inggeris dalam penulisan tesis, adakah dalam bahasa inggeris? setahu saya jika di Jepun, pembelajaran dan tesis dalam bahasa Jepun, di Korea mcam mana? Lagi satu, ok ker sambung phd di korea? ada x kenalan yang melanjutkan pelajaran dlm matematik atau statistik di korea? terima kasih atas tulisan awk yang menarik.

Aza said...

Salam, saya nak tanya.. pelajar medic dan kejuruteraan je ke yang ditawarkan sambung di korea? sy pelajar komunikasi dan pengajian media (penyiaran) dan saya ada niat utk sambung belajar di luar negara.. ada few choices and one of them Korea..

Anonymous said...

Salam, saya nak tanya, if nak apply study dekat Korea, apa biasiswa yang available untul degree level?

Unknown said...

Assalamualaikum sis saya ummu nabilah merupakan pelajar stpm..saya berhasrat igin mnymbung ijazah bahsa korea di universiti korea..boleh saya tau ade x universiti di sana yg mnwarkan course trsebut??harap sis dpt mmbntu..tq ;)

Anonymous said...

Assalam sis..blh x klu sya smbung master kat sna dlm bidang management..skrg sy degree di indonesia

Anonymous said...

kalau minat bidang animasi.. selalunye ade ke persedian belajar di malaysia dulu?

AtyqaRahman said...

Salam,akak kalau lepasan stpm nak mohon biasiswa mara tak boleh ke? mara tu hanya biasiswa untuk lepasan spm ke?

AtyqaRahman said...

Salam,akak kalau lepasan stpm nak mohon biasiswa mara tak boleh ke? mara tu hanya biasiswa untuk lepasan spm ke?

MieyraTS said...

Kenapa akak ambik ijazah sarjana muda sedangkan program diploma yang ditawarkan selepas 1 tahun di snl??

Saye x beberapa minat dengan kejuruteraan elektrik n elektronik tpi ditawarkan jpa di Korea. .. boleh x semasa di Korea saya tukar ke bidang chemical engineering?

Bashirah said...

Assalamualaikum, sy nk tnye beberapa soalan. harap sis dpt jwb. ^^
Boleh ke klau umur blum mencecah 17 tahun (tpi msih berada di sklh menengah), dapat biasiswa dari sekolah di korea? Boleh ke apply? Klau sy bkn pelajar dri MRSM, boleh ke sy apply biasiswa mara? Sy bercadang nk ambil animation sbb sy mmg minat bidang tu, sy x berminat dgn engeering. Dan MARA untuk Warganegara sahaja sbb tu sy bercadang nk mohon biasiswa MARA. Atau, boleh ke saya apply biasiswa dari KOrea untuk sy blajar di sana? Selepas SPM/ blum SPM, boleh apply? Ada yang sy search internet utk blajar di Korea, tpi sy x berapa phm. Harap sis dpt jwb soalan sy. ^^ Maaf jika menyusahkan...

Anonymous said...

Assalam... akak, boleh tak nak tahu kalo nak smbung master di korea course apa yg ditawarkan? kalo nak nak amek kos islamic studies ada tak kat sana? harap akak dpt membantu.... T.T

che pah said...

assalam... kalo nk smbung master di korea, ada x kos selain kjuruteraan? kalo boleh saya nk amek psikologi

Unknown said...

Assalamualaikum...sye nk tanye ... ade x pelajar jurusan arkitek kat korea

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum... sye nk tanye ... ade x pelajar yg jurusan arkitek kat korea

ainaahan said...

Assalamualaikum kak ummu nabilah, saya pun berminat nak ambil bidang bahasa korea boleh saya tahu akak sambung ijazah dlm bidang apa?

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Saya lepasan matriks. Macam mana ya saya nak mohon belajar ke korea?

Anonymous said...

assalamualaikum sy nak tanya jugak tentang kaunseling ni, kalau sy lepasan spm (tapi tak spm lagi act f5 pro max) nak amik course kaunseling, macam mana eh nak sambung sana pulak... tertanya jugak nak pilih U mana sementara nak tukar pegi sana. tapi tula sy ni batch spm 2020 yg tak amik spm lagi, itula yang survey sekarang, kalau nak sambung sana course kaunseling sepatutnya saya pilih U mana. akak boeh bantu saya ? saya buntu dah sejak ada masalah covid ni, boleh kata hampir putus asa jugak laa��