Monday, May 31, 2010

Tembaklah Doa Anda

Salam alaik~~

Saya pasti ramai antara kita yang sentiasa update dengan keadaan saudara kita di Palestin.Yang sentiasa membuka blog palestinkini.info..Alhamdulillah..terima kasih kepada semua yang concern..Sebelum ni macam yang kita tahu,saudara2 kita yang punyai kesedaran untuk membantu saudara di Gaza sana mengadakan konvoi kemanusiaan ke Gaza.

Kesemua mereka adalah sukarelawan dan tidak ada seorang pun tentera di dalamnya.Tapi Israel Zionis laknatullah ni telah menyerang konvoi LL4Gaza hari ini!Ini mesej yang saya dapat dari sahabat saya..

"~Mari pakat2 solat hajat & doa skg, israel laknatullah tlh menyerang konvoi LL4Gaza di perairan Gaza sekejap td.. Kapal Mavi Marvara tlh ditembak dgn helikopter menyebabkan 3 terkorban & 30 cedera. Kapal tersebut yg dinaiki oleh relawan kita. Mohon Allah bantu relawan di Gaza skg ini. IHZIMHUM WANSURNA A'LAIHIM.. Kirimkan doa buat mereka saudara2 ku sekalian... Sebarkan berita ini kpd seramai mungkin yg dikenali..~"

Hari ni Hilal Asyraf pun ada postkan pasal isu ini.Banyak mesej kat YM yang saya terima berkisarkan serangan Israel ini.

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html
http://palestinkini.info/

Anda boleh dapatkan maklumat di link tersebut.

Mereka yang berniat ingin membantu saudara kita di Gaza telah bertindak.Mereka telah pun diserang hari ini.Ada yang syahid,ada yang cedera..Padahal mereka tidak punyai ilmu ketenteraan,tidak punyai senjata.Tapi kesedaran dalam diri mereka telah membuatkan mereka tekad untuk berkonvoi menghulurkan bantuan ke Gaza.

Kita?Anda?Saya?Apa yang kita sumbangkan?Apa yang anda hulurkan?Apa yang saya lakukan?Adakah kita,anda dan saya nak berdiam diri begitu sahaja?Tidakkah kalian semua malu?Tidak ada rasa malukah dalam diri kalian wahai manusia?

Lakukanlah sesuatu..Tembaklah doa2 anda.Doakan ALLAH membantu saudara kita yang berkonvoi itu.Doakan bantuan sampai ke Gaza.Lakukanlah solat hajat..Moga2 mereka semua selamat..

Mungkin apa yang kalian lakukan hanya sebesar zarah sahaja.Tetapi insya-ALLAH impaknya akan terserlah.Insya-ALLAH..Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH..

Para relawan tersebut begitu berani menampilkan diri mereka.Tanpa sebarang senjata mereka terus maju.Tembaklah doa kita buat mereka.Bantulah sedaya anda.

Teruskan menembak sahabat.Doa anda amat berguna.Insya-ALLAH.

No comments: