Sunday, October 2, 2011

Perihal Berkecil Hati

Assalamu'alaikum wbt.

Minggu lepas, saya ada baca satu status di FB. Terima pada Kak Wee kerana sudi berkongsi perihal berkecil hati ni dengan kami semua.

Status tu berbunyi begini:

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati."

I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiks...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada ALLAH.

Anak: (Blur)

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian dari ALLAH. Kenapa ALLAH hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang ALLAH turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tetapi kita kecil hati dengan ALLAH.

Anak: Ooo..Ok...

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita, "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain, "Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." Jadi keredhaan kita terhadap ujian ALLAH itu lesap.

Anak: (Termakan cili)

ALLAH...Bila saya baca status ni, saya rasa macam dilanggar dengan bulldozer. Penyek jadi papan keping. Terkena kat batang hidung sendiri. ALLAH. ALLAH. ALLAH. Entah berapa kali pernah mengecilkan hati orang, dan entah berapa kali pernah berkecil hati dengan orang. Astaghfirullah hal 'azim... Ampuni dosa-dosa hamba-MU ini, Ya ALLAH.



Rupa-rupanya semua itu ujian dari ALLAH untuk hamba-hamba-NYA. Hidup ini jika tiada ujian, bukan hidup namanya. Ujian itu rencah kehidupan. Jika tidak, hambar dan tawarlah kehidupan. Bagaikan kari yang tidak dimasukkan asam keping, garam dan gula. Rasa apa? Tawar. Tak lengkap. Tak lalu nak makan.

Namun, keesokan harinya. Saya telah mengulangi kesilapan yang sama. Manusia..memang benar-benar pelupa. Sebab itu perlu saling mengingatkan. Saya telah berkecil hati dengan seseorang. Iya. Memang berkecil hati. Padahal kalau difikirkan balik, benda remeh sahaja. Tak perlu la nak terasa.

Kemudian, saya teringat balik status yang saya baca semalam. Terus beristighfar panjang. Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim. Astaghfirullah hal 'azim. Semalam baru baca. Mengecilkan hati orang itu berdosa, berkecil hati dengan orang pun berdosa. Bahkan lagi besar dosanya. Masya-ALLAH. Sungguh la tidak mengambil iktibar dari apa yang dibaca. Moga ALLAH mengampunkan dosa-dosa saya dan dosa-dosa kita semua. Insya-ALLAH. Maafkan saya andai saya ada mengecilkan hati kalian.

Ada satu tips. Sebelum tidur, maafkanlah kesalahan semua orang sepanjang hari itu dan hari-hari sebelumnya. Moga-moga semua orang juga memaafkan kesalahan kita pada hari itu dan hari-hari sebelumnya. Insya-ALLAH, hati akan terasa lebih lapang. Takde nak rasa tak elok pada semua orang. Insya-ALLAH.

Saya tahu, saya yang menulis ini akan terlebih dahulu ditanya kelak. Adakah saya mengerjakan apa yang sudah saya perkatakan dan saya tuliskan di laman blog ini. Oleh itu, pada sesiapa yang mengenali saya, baik yang selalu bertemu, ataupun yang belum pernah bersua muka, tegurlah diri ini andai kalian melihat dan merasakan apa yang saya lakukan itu pincang langkahnya dari landasan yang sebenar.

Kadang-kadang, kita tidak nampak apa yang kita lakukan itu salah, sebelum ada yang menegur mengatakan itu salah. Kemudian barulah kita tersedar. Oleh itu, saya pohon, tegurlah saya.


2 comments:

Rabi'ah Al Adaweeyah said...

salam 'alaik..

samalah kak wee pun.. sebenarnya skrg ni pun sedang berperang dgn jiwa sendiri supaya tidak terlalu dipengaruhi oleh perasaan kecil hati dengan orang. maklum, kita ni hidup setiap hari bercampur gaul dengan ramai orang kan..

terkadang tu terpaksa pula 'lari' semata-mata nak pertahankan 'kejernihan hati' bila dah banyak sangat titik-titik hitam dalam hati. tapi, bagi orang yg tak faham, dia ingat kita nak cari gaduh pula. adoiii susahnya... T____T

apapun, semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita hamba-Nya yang sangatlah lemah ni dan semoga Dia terus mendidik hati-hati kita. amin ya Allah..

Nadzipah said...

wa'alaikumussalam wbt.

hmm..itu la kan, kak wee. saya pun mengalami perkara yang sama jugak. selalu cakap dekat diri sendiri. jangan terlampau sensitif sangat. asyik-asyik nak terasa.

tapi itu la..sekali diingatkan, dia ingat la. lepas tu, dia buat perangai balik..huhu...

kita memang nak tak nak akan berurusan dengan orang lain. memang tak boleh lari la kan. sebab itu saya kadang-kadang lebih selesa berdiam diri. tapi kadang-kadang tu berdiam diri makin membuatkan diri makan hati..huhu..

apa-apa pun moga ALLAH menjernihkan hati-hati kita. dan kita tidak pernah mahu berhenti dari berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. insya-ALLAH. moga ALLAH memudahkan segalanya..

ameen. ameen. ameen...terima kasih atas doanya kak wee..