Wednesday, July 27, 2011

Apabila Baju Melayu Bertemu Dengan Baju Kurung

Assalamu'alaikum wbt.

Apa khabar semua? Sihat? Harapnya semua sihat. Sihat fizikal dan sihat rohani. Bukan badan je yang perlu sihat, iman juga perlu sihat. Semoga kehadiran Ramadhan yang bakal tiba 5 hari sahaja lagi makin menyihatkan iman kita semua. Insya-ALLAH.

Saya ingin berkongsi satu kisah. Kisah yang saya rasakan sangat-sangat menarik. Boleh rujuk surah Al-Qasas; surah ke-28 dari ayat 22 hingga ayat 28. Tapi yang saya nak fokuskan di sini ialah pada ayat ke-23 hingga ayat ke-25.

"Dan ketika dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang lanjut usianya."" -Al-Qasas,28:23-

"Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang ENGKAU turunkan kepadaku."-Al-Qasas, 28:24-

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya (Syu'aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syu'aib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang yang zalim itu."-Al-Qasas,28:25-

Kita boleh tengok di sini, bagaimana Nabi Musa berkomunikasi dengan perempuan. Dan bagaimana anak-anak perempuan Nabi Syu'aib bergaul dengan lelaki. Pada ayat ke-23, kita boleh tengok dengan jelas yang Nabi Musa terus
direct to the point tanya kenapa kedua-dua perempuan itu kenapa berdiri tercegat dengan binatang ternak mereka. Takdenya Nabi Musa nak mengayat dulu ke pandang-pandang jeling-jeling dulu ke. No! A big NO!

Pada ayat yang sama juga, kita dapat tengok yang perempuan itu pun menjawab persoalan Nabi Musa
direct to the point juga. Terus mereka bagitahu kenapa mereka berdiri di situ. Takde pun nak tanya, 'Eh, awak ni siapa eh? Tak pernah nampak pun sebelum ni.' Tidak! Tidak sama sekali!

Ayat seterusnya, Nabi Musa dengan senang hatinya menolong kedua-dua perempuan itu memberi minum kepada binatang ternak mereka. Pada ayat ke-25, salah seorang daripada perempuan tadi datang kembali kepada Nabi Musa. Siap dinyatakan,
'salah seorang dari perempuan itu berjalan dengan malu-malu'. Nampak jelas di sini, si gadis dengan malu-malu dan tersipu-sipu pergi bertemu si teruna untuk mengkhabarkan bahawa ayahanda di rumah ingin bertemu si teruna. *ok, sudah masuk mood zaman 50-an. sila abaikan.* Terus diberitahu kepada Nabi Musa yang ayah dia nak berjumpa. Tiada sebarang intro. Terus direct to the point juga. Takde pun perempuan tu nak cakap,'Eh awak, terima kasih ye tadi bagi minum kat binatang ternak saya' sambil tersengih-sengih. TIADA!

Pada saya, kisah ni sangat
sweet. ALLAH gambarkan di sini bagaimana pergaulan lelaki dengan perempuan mengikut syariat. Kalau baca seerah berkenaan kisah Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Syu'aib, ada diceritakan yang Nabi Musa berjalan di hadapan perempuan itu dalam perjalanan ke rumah Nabi Syu'aib. Perempuan itu akan bagi direction dari belakang. Di sini kita boleh tengok betapa Nabi Musa benar-benar menjaga ikhtilatnya. Baginda benar-benar menjaga pandangannya. Padahal baginda tidak tahu pun di mana rumah perempuan tu. Tetapi baginda sebagai tetamu berjalan di depan, manakala tuan rumah berjalan di belakang. Semua itu dibuat untuk menjaga pandangan. Menjaga batas-batas pergaulan antara si baju kurung dan baju Melayu.Saya pernah menulis tentang Ikhtilat dan berkongsi tentang Alkisah: Lelaki vs Perempuan dulu. Apabila baju Melayu bertemu dengan baju kurung, pelbagai perkara boleh berlaku. Pergaulan antara lelaki dengan perempuan memang tidak dapat dielakkan. Nak-nak lagi pada zaman sekarang ni. Tapi kita perlu ingat, ada batas-batasnya. Ada had-hadnya. Tidak boleh main sesuka hati sahaja melanggar hukum dan syariat ALLAH. ALLAH dah bagi panduan pada kita di dalam Al-Quran. Kita juga ada sunnah yang Rasulullah tinggalkan sebagai panduan. Jadi perlulah diikut.
Memetik kata-kata Mustafa Lutfi al-Manfalut, "Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama."
Jom sama-sama berusaha menjadi pemudi yang tebal dengan sifat malunya. Penuh berakhlak. Buat pemuda, berusahalah menjadi pemuda yang berani. Penuh berakhlak.

Dalam surah An-Nur, ALLAH ada beri peringatan kepada lelaki mahupun perempuan tentang pergaulan, tentang ikhtilat.

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." -An-Nur, 24:30-

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat...." -An-Nur,24:31-

Jelas di sini, ALLAH menyuruh lelaki menjaga pandangan mereka terlebih dahulu. Kemudian disuruh pula perempuan menjaga pandangan mereka. Kenapa? Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Banyak kejadian yang berlaku semenjak dua menjak ni disebabkan oleh pergaulan bebas. Pergaulan yang tidak dijaga syariatnya. Akibatnya berlakulah pelbagai masalah sosial dan jenayah. Gejala anak luar nikah, buang bayi, itu semua berlaku kerana ikhtilat yang tidak dijaga. Tidak mengikut apa yang telah ALLAH syariatkan.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada anda semua, jagalah ikhtilat. Jagalah pergaulan. Tundukkan pandangan. Boleh je nak berhubung antara lelaki dan perempuan. Tidak salah. Tapi ada hadnya. Berurusan bila perlu sahaja. Jangan nak meleret-leret dan melalut-lalut.

Baju kurung boleh je nak bertemu dengan baju melayu. Cumanya biarlah secara bersyariat. Halalkan dulu perhubungan. Kemudian nak pandang-pandang jeling-jeling lebih-lebih pun, silakanlah.
Bagi yang sudah bersedia. Nikahlah. Bagi yang belum bersedia. Persiapkanlah diri terlebih dahulu. Settlekan dulu part solat dan ibadah. Settlekan juga part hidup ikut syariat. Kemudian settlekan juga part tutup aurat. Perlu juga settlekan part ikhtilat. Apabila semua benda ni sudah settle, barulah fikirkan untuk naik ke tangga yang seterusnya. Membina baitul muslim. Apa yang pasti selesaikan dulu bahagian menjadi individu muslim itu.

p/s: Tahniah kepada senior yang baru melangsungkan perkahwinan pada 22 July 2011. Terkejut tengok video! Ini baru betul baju melayu bertemu baju kurung...^^ Halalkan perhubungan. :)






2 comments:

Syafa Mohamed said...

akak.....syukran jazilan for the sharing..ada part yang terkena pada syafa..akak doakan syafa ea..'garang'...^^

sayang akak:)

Nadzipah said...

syafa.. :)

afwan ya ukhti. peringatan untuk akak juga sebenarnya ni.

insya-ALLAH. akak doakan syafa menjadi pemudi yang penuh dengan sifat malu dan kaya dengan akhlaknya. 'garang' pada tempatnya dan 'lembut' pada tempatnya.^^

sayang syafa juga..:)