Wednesday, July 27, 2011

Apabila Baju Melayu Bertemu Dengan Baju Kurung

Assalamu'alaikum wbt.

Apa khabar semua? Sihat? Harapnya semua sihat. Sihat fizikal dan sihat rohani. Bukan badan je yang perlu sihat, iman juga perlu sihat. Semoga kehadiran Ramadhan yang bakal tiba 5 hari sahaja lagi makin menyihatkan iman kita semua. Insya-ALLAH.

Saya ingin berkongsi satu kisah. Kisah yang saya rasakan sangat-sangat menarik. Boleh rujuk surah Al-Qasas; surah ke-28 dari ayat 22 hingga ayat 28. Tapi yang saya nak fokuskan di sini ialah pada ayat ke-23 hingga ayat ke-25.

"Dan ketika dia sampai di sumber air negeri Madyan, dia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang memberi minum (ternaknya), dan dia menjumpai di belakang orang banyak itu, dua orang perempuan sedang menghambat (ternaknya). Dia (Musa) berkata, "Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?" Kedua (perempuan) itu menjawab, "Kami tidak dapat memberi minum (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang ayah kami adalah orang tua yang lanjut usianya."" -Al-Qasas,28:23-

"Maka dia (Musa) memberi minum (ternak) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang ENGKAU turunkan kepadaku."-Al-Qasas, 28:24-

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari perempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "Sesungguhnya ayahku mengundangmu untuk memberi balasan sebagai imbalan atas (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami." Ketika (Musa) mendatangi ayahnya (Syu'aib) dan dia menceritakan kepadanya kisah (mengenai dirinya), dia (Syu'aib) berkata, "Janganlah engkau takut! Engkau telah selamat dari orang-orang yang zalim itu."-Al-Qasas,28:25-

Kita boleh tengok di sini, bagaimana Nabi Musa berkomunikasi dengan perempuan. Dan bagaimana anak-anak perempuan Nabi Syu'aib bergaul dengan lelaki. Pada ayat ke-23, kita boleh tengok dengan jelas yang Nabi Musa terus
direct to the point tanya kenapa kedua-dua perempuan itu kenapa berdiri tercegat dengan binatang ternak mereka. Takdenya Nabi Musa nak mengayat dulu ke pandang-pandang jeling-jeling dulu ke. No! A big NO!

Pada ayat yang sama juga, kita dapat tengok yang perempuan itu pun menjawab persoalan Nabi Musa
direct to the point juga. Terus mereka bagitahu kenapa mereka berdiri di situ. Takde pun nak tanya, 'Eh, awak ni siapa eh? Tak pernah nampak pun sebelum ni.' Tidak! Tidak sama sekali!

Ayat seterusnya, Nabi Musa dengan senang hatinya menolong kedua-dua perempuan itu memberi minum kepada binatang ternak mereka. Pada ayat ke-25, salah seorang daripada perempuan tadi datang kembali kepada Nabi Musa. Siap dinyatakan,
'salah seorang dari perempuan itu berjalan dengan malu-malu'. Nampak jelas di sini, si gadis dengan malu-malu dan tersipu-sipu pergi bertemu si teruna untuk mengkhabarkan bahawa ayahanda di rumah ingin bertemu si teruna. *ok, sudah masuk mood zaman 50-an. sila abaikan.* Terus diberitahu kepada Nabi Musa yang ayah dia nak berjumpa. Tiada sebarang intro. Terus direct to the point juga. Takde pun perempuan tu nak cakap,'Eh awak, terima kasih ye tadi bagi minum kat binatang ternak saya' sambil tersengih-sengih. TIADA!

Pada saya, kisah ni sangat
sweet. ALLAH gambarkan di sini bagaimana pergaulan lelaki dengan perempuan mengikut syariat. Kalau baca seerah berkenaan kisah Nabi Musa dan anak perempuan Nabi Syu'aib, ada diceritakan yang Nabi Musa berjalan di hadapan perempuan itu dalam perjalanan ke rumah Nabi Syu'aib. Perempuan itu akan bagi direction dari belakang. Di sini kita boleh tengok betapa Nabi Musa benar-benar menjaga ikhtilatnya. Baginda benar-benar menjaga pandangannya. Padahal baginda tidak tahu pun di mana rumah perempuan tu. Tetapi baginda sebagai tetamu berjalan di depan, manakala tuan rumah berjalan di belakang. Semua itu dibuat untuk menjaga pandangan. Menjaga batas-batas pergaulan antara si baju kurung dan baju Melayu.Saya pernah menulis tentang Ikhtilat dan berkongsi tentang Alkisah: Lelaki vs Perempuan dulu. Apabila baju Melayu bertemu dengan baju kurung, pelbagai perkara boleh berlaku. Pergaulan antara lelaki dengan perempuan memang tidak dapat dielakkan. Nak-nak lagi pada zaman sekarang ni. Tapi kita perlu ingat, ada batas-batasnya. Ada had-hadnya. Tidak boleh main sesuka hati sahaja melanggar hukum dan syariat ALLAH. ALLAH dah bagi panduan pada kita di dalam Al-Quran. Kita juga ada sunnah yang Rasulullah tinggalkan sebagai panduan. Jadi perlulah diikut.
Memetik kata-kata Mustafa Lutfi al-Manfalut, "Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama."
Jom sama-sama berusaha menjadi pemudi yang tebal dengan sifat malunya. Penuh berakhlak. Buat pemuda, berusahalah menjadi pemuda yang berani. Penuh berakhlak.

Dalam surah An-Nur, ALLAH ada beri peringatan kepada lelaki mahupun perempuan tentang pergaulan, tentang ikhtilat.

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." -An-Nur, 24:30-

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat...." -An-Nur,24:31-

Jelas di sini, ALLAH menyuruh lelaki menjaga pandangan mereka terlebih dahulu. Kemudian disuruh pula perempuan menjaga pandangan mereka. Kenapa? Untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Banyak kejadian yang berlaku semenjak dua menjak ni disebabkan oleh pergaulan bebas. Pergaulan yang tidak dijaga syariatnya. Akibatnya berlakulah pelbagai masalah sosial dan jenayah. Gejala anak luar nikah, buang bayi, itu semua berlaku kerana ikhtilat yang tidak dijaga. Tidak mengikut apa yang telah ALLAH syariatkan.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada anda semua, jagalah ikhtilat. Jagalah pergaulan. Tundukkan pandangan. Boleh je nak berhubung antara lelaki dan perempuan. Tidak salah. Tapi ada hadnya. Berurusan bila perlu sahaja. Jangan nak meleret-leret dan melalut-lalut.

Baju kurung boleh je nak bertemu dengan baju melayu. Cumanya biarlah secara bersyariat. Halalkan dulu perhubungan. Kemudian nak pandang-pandang jeling-jeling lebih-lebih pun, silakanlah.
Bagi yang sudah bersedia. Nikahlah. Bagi yang belum bersedia. Persiapkanlah diri terlebih dahulu. Settlekan dulu part solat dan ibadah. Settlekan juga part hidup ikut syariat. Kemudian settlekan juga part tutup aurat. Perlu juga settlekan part ikhtilat. Apabila semua benda ni sudah settle, barulah fikirkan untuk naik ke tangga yang seterusnya. Membina baitul muslim. Apa yang pasti selesaikan dulu bahagian menjadi individu muslim itu.

p/s: Tahniah kepada senior yang baru melangsungkan perkahwinan pada 22 July 2011. Terkejut tengok video! Ini baru betul baju melayu bertemu baju kurung...^^ Halalkan perhubungan. :)






Sunday, July 24, 2011

Kisah Silam Jangan Diulang

Assalamu'alaikum wbt.

Sehari dua ni saya asyik 'berjumpa' dengan kisah yang hampir sama. Kisah yang dialami sendiri. Kisah dari blog. Perkongsian dengan seorang sahibah di laman chat FB. Hmm...mungkin ALLAH nak tunjuk pada saya sesuatu. Mungkin ALLAH nak bagi saya berfikir dan bermuhasabah kembali. Alhamdulillah. Terima kasih, YA ALLAH atas kisah yang terpapar di depan mata ini. =)

Saya pasti, setiap daripada kita pernah melakukan kesilapan. Setiap orang pernah buat silap, kan? Saya juga begitu. Namun, persoalannya di sini, adakah kita masih terus melakukan kesilapan yang sama? Atau kita berhenti daripada melakukan kesilapan dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi? Yang mana satu pilihan anda? Tepuk dada tanya iman.
*Sepatutnya dalam hati bukan sahaja ada taman, tapi perlu ada iman.*

Kadang-kadang, dalam kita tidak sedar, kita telah melakukan kesilapan. Berborak-borak dengan teman, kemudian terkeluar topik kepada termengata orang lain. huhu. Saya tidak kata kepada orang lain, saya juga pernah terjadi begitu. Astaghfirullah hal 'azim...Betapa lalainya kita manusia ni kan? Padahal terang-terangan ALLAH melarang keras kita daripada mengumpat. Ghibah. Backbitting. Tapi dek tergoda dengan bisikan dan godaan syaitan, kita lalai. Astaghfirullah hal 'azim. Ampunilah dosa-dosa kami ini YA ALLAH...

Solusinya, berhati-hati dengan apa yang kita tuturi. Fikirkan baik buruknya apabila bercakap. Ini nasihat dan peringatan untuk diri saya juga sebenarnya. Saya masih teringat kata-kata seorang senior, "Kata-kata kita melambangkan siapa diri kita". Saya benar-benar terkesan dengan ulah yang diluahkan beliau. Elakkan daripada bercakap benda yang sia-sia. Jika tercakap juga, terus berhenti bila sedar. Beristighfarlah banyak-banyak. Mohon keampunan pada ALLAH.

Seperti yang saya katakan pada awal tadi, setiap orang ada buat salah. Jangan kerana kesalahan lampau itu, kita menghukumnya. Jangan tuduh melulu atau pandang serong padanya setelah mengetahui kisah silamnya. Siapa tahu, dia hari ini lebih baik dari diri kita sendiri? Kita tidak boleh menilai orang lain. Hanya ALLAH yang boleh menilainya. Apa yang kita boleh buat ialah pertingkatkan amal kita dan pada masa yang sama ajak orang lain ke arah kebaikan. Selebihnya serahkan kepada Yang Maha Esa.

Apa yang pasti, kisah silam itu jangan diulang lagi. Tinggalkan terus. Jika kita sudah berjaya meninggalkannya hari ini, usahakan juga untuk tinggalkannya buat selama-lamanya. Mungkin agak susah apabila sesuatu itu bagaikan sudah sebati dalam diri. Namun, jika kita berkehendakkan sesuatu yang baik, insya-ALLAH ALLAH akan tolong. Usahakan untuk itu. ALLAH tidak akan menghampakan hamba-NYA yang berusaha. Minta pada DIA. Berdoa. Serahkan sepenuh kepercayaan pada-NYA. Insya-ALLAH, DIA tidak akan sia-siakan hamba-NYA. :)
Saya juga bukannya baik sangat. Saya mengaku itu. Banyak lagi benda yang perlu diperbaiki. Banyak juga khilaf yang telah dibuat. Namun, apa yang pasti, saya akan berusaha untuk menjadi baik. Menjadi lebih baik. Membetulkan apa yang silap. Insya-ALLAH.

Sama-samalah kita berubah wahai sahabat sahibah sekalian. Jika orang lain mampu berubah menjadi lebih baik, kenapa tidak kita? Sedangkan kita semuanya sama sahaja di sisi ALLAH. Yang membezakan kita di sisi-NYA adalah amal kita sahaja.

Teringat bicara seorang teman semalam. Semua yang berlaku adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Kitalah yang mencorak diri kita. Jika kita inginkan kebaikan, kita akan berusaha ke arah itu. Jika kita inginkan keburukan, kita akan menjurus ke arah itu. Semuanya terletak pada diri kita. Buatlah pilihan yang tepat. Pilihan yang membantu kita di dunia mahupun akhirat.

Betul hidayah itu milik ALLAH. Tapi hidayah itu juga perlu dicari. Jadi, tinggalkan kisah silam. Jangan diulang lagi. Yang baik dijadikan teladan. Yang buruk dijadikan sempadan.

Berusahalah. ALLAH pasti bersama hamba-NYA yang beriman dan berusaha. Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH. DIA sentiasa ada untuk kita. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang terlupa akan kewujudan-NYA di sisi kita.

“Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu (Muhammad) tentang AKU, maka sesungguhnya AKU dekat. AKU kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-KU. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-KU) dan beriman kepada-KU, agar mereka memperoleh kebenaran” ~Al-Baqarah,2:186~

Saturday, July 23, 2011

Ai d'Beijing

Assalamu'alaikum wbt.

Sudah lama rasanya berkeinginan ke China
Membaca catatan pengembaraan HM Tuah Iskandar ke China
Makin membuatkan diri ini teruja untuk ke sana
Tembok Besar China yang begitu gah berdiri
Kota Larangan yang seluas saujana mata memandang
Summer Palace yang indahnya di dalam taman
Benar-benar menggamit diri ini

ALLAH izinkan saya bertemu dengan akhawat-akhawat dari China tahun lalu
Walau baru pertama kali bersua muka
Namun, ukhuwah itu bagaikan sudah lama bertaut
Juraian air mata mengiringi perpisahan kami
Dakapan erat berserta iringan pesanan masih terngiang-ngiang di telinga

KILAT benar-benar membuahkan bibit-bibit cinta di antara kami
Pertemuan pertama disusuli pula pertemuan kedua
Kali ini keterikatan itu kelihatannya makin bertambah utuh
Bersama-sama berkongsi pelbagai cerita
Putik-putik cinta kelihatannya kian mekar berputik

Bumi Sonata menemukan kami buat sekelian kalinya
GG kali ini begitu meriah dengan kehadiran ikhwah dan akhawat dari Tanah Besar China
Kesejukan musim dingin bagaikan tidak terasa dengan kehangatan ukhuwah antara kami
Berdaurah bersama membuatkan ikatan itu makin erat terikat
Benarlah, hubungan kerana ALLAH itu mendamaikan
Bertemu tidah jemu
Terpisah tidak gelisah

Mereka selalu berkata
Kami di sini sangat bertuah
Pelbagai program boleh dijalankan tanpa pengawasan
Mereka di sana tidak boleh berkumpul beramai-ramai tidak seperti kami di sini
Pengawasan di sana agak ketat
Mungkin kerana China negara Komunis
Namun, itu tidak menghalang mereka untuk beraktiviti
Buktinya mereka datang ke Korea untuk bersama-sama kami

Mereka masih baru bertatih
Namun, mereka begitu bersemangat
Kadang-kadang diri ini terasa terkebelakang apabila melihat kesungguhan dan kegigihan mereka
Banyak yang saya pelajari dari mereka
Ukhuwah ini makin terasa dengan kehadiran mereka
Rasa cinta ini kian memekar
Kini putik-putik cinta itu sedang memekar
Memekar menjadi jambangan bunga cinta yang mengharum

Kembara mencari cinta selama seminggu ke China
Ternyata tidak sia-sia
Walaupun tiada pengisian yang khusus
Saya banyak belajar dengan akhawat di sana
Belajar untuk bersabar
Belajar untuk sentiasa tersenyum walau apa jua keadaan
Belajar untuk cekal dan tabah dengan ujian yang mendatang
Belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada
Belajar untuk tidak mengeluh

Syukur pada-MU, YA ALLAH
Pertemuan ini benar-benar mengajar diri ini banyak perkara
Mengajar apa erti ukhuwah sejati
Mengajar erti syukur
Mengajar erti sabar
Mengajar erti cinta yang sebenar

Terima kasih buat semua
Buat semua yang mengenali diri ini
Buat semua yang mengajar diri ini
Terima kasih

Saya menemui ai d'Beijing
'Ai' itu yang memang ingin dicari
'Ai' itu yang sentiasa diburu
'Ai' itu mengajar diri ini

Semoga 'Ai' ini sentiasa berputik dan memekar di hati
Semoga selepas ini tiada lagi rungutan dalam diri
Semoga tiada lagi rasa keterpaksaan bila bekerja
Semoga ikhlas itu hadir seiring dengan gerakan diri
Semoga 'Ai' itu menguatkan bila terasa lemah
Semoga 'Ai' itu membangunkan bila jatuh rebah
Semoga 'Ai' itu menenangkan dikala gundah gulana
Semoga 'Ai' itu mendamaikan ketika hati resah gelisah

Diri ini benar-benar ingin merasai 'Ai' itu
'Ai' yang sebenar-benarnya
Diri ini hanya ingin mencintai-MU sepenuh hati
Diri ini inginkan cinta yang satu
Cinta yang paling agung
Insya-ALLAH...



Friday, July 22, 2011

Lots of Love d'Beijing

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Dengan izin-NYA, saya dan 3 orang lagi sahibah berpeluang menjejakkan kaki ke Bumi Hang Li Po (baca: Beijing, China).

Alhamdulillah, kami di sana selama 7 hari 6 malam bermula dari 14 Julai 2011 sehingga 21 Julai 2011. Penerbangan pergi dan balik terpaksa ditangguhkan kerana keadaan cuaca yang tidak berapa baik. *ayat macam pembaca berita kan?hoho...*

Hari pertama ; 14 July 2011 (Khamis) - Flight delay..sempat la tidur sejam dalam flight yang tak bergerak tu.huhu..Kesian kat Kak Liza kena tunggu kami hampir sejam kat Beijing Airport.

Rasa macam balik Malaysia pun ada juga. Sebabnya Beijing macam tak jauh beza dengan Malaysia. Pokoknya, jalannya. Cuma orangnya dan bangunannya yang agak berbeza. Dah la masa sama je dengan Malaysia.

Hari kedua ; 15 July 2011 (Jumaat) - Kami ke Tembok Besar China. Orang puteh panggil Great Wall of China^^. Rasa macam tak percaya pun ada dah sampai ke China masa tu. Dapat panjat tangga-tangga Great Wall pulak tu! Wow! I can't believe that I just already conquer Great Wall of China. *ececeh..ayat...macam saje nak bagi orang yang baca jealous je kan?:P*

Saadiah dan kakak dia pun ada time ni. Ain pun. Ramai sangat orang. Jarang nak jumpa foreigner, yang ramainya penduduk China sendiri yang datang dari seluruh pelusuk China. Ini pun kitaorang panjat kat belah yang tak berapa ramai orang. Kak Liza pada mulanya nak kitaorang panjat yang belah satu lagi, tapi sebab orang ramai dan jammed kat tengah-tengah tembok tu, tak dapat la nak panjat yang belah situ.

Subhana-ALLAH. Masya-ALLAH. Indah. Nyaman. Tenang. Tengok keliling yang menghijau. Sungguh hebat ciptaan ALLAH itu. Tembok Besar China ni mengorbankan banyak nyawa rakyat untuk siap ni ha. Tapi bagus gak la idea raja dia, sebab ada tembok ni la Mongol tak dapat nak kalahkan China. Tembok ni panjangnya sampai ke negara Mongol sana nun ha. Lupa pulak nak search berapa panjangnya -:)
Masa nak naik berpeluh-peluh panjat tangga. Tapi masa nak turun pun berpeluh-peluh juga. Berpeluh sebab gayat dan takut nak turun. Banyak kawasan yang curam dan ada tangga yang macam 90 darjah. Fuuuuhhhhhhhh...Nasib baik ada disediakan palang besi di sepanjang tembok. Boleh la juga dijadikan tempat berpaut.

Hari ketiga ; 16 July 2011 (Sabtu) - Kak Liza bawa kami ke Masjid Niu Jie. Masjid tertua di China kalau tak silap saya la. Sebelum ke Masjid Niu Jie kami singgah makan di Niu Jie Muslim Supermarket kejap. Memang kat Niu Jie tu penduduknya majoriti beragama Islam. Makanan kat restoran kat atas supermarket tu semua halal. Tapi yang tak bestnya, arak pun ada juga dijual di situ. :( Sebabnya ada je non-muslim yang datang makan di situ. Kalau tak jual benda alah ni, tak laku la jawabnya perniagaan. Gitulah lebih kurang.

Lepas lunch kami jalan ke Masjid Niu Jie. Whoa~ Alhamdulillah. Akhirnya, dream comes true. Saya selalu berangan-angan nak ke Masjid Niu Jie ni. Alhamdulillah, ALLAH izinkan sampai juga. Rekaan Masjid Niu Jie ni unik, ikut istana lama. Sangat-sangat berseni. *even saya tak pandai sangat nak nilai seninya.huhu*

Ruang solat lelaki dan perempuan diasingkan. Luas. Lagi luas dan selesa dari Masjid Itaewon. Ada disediakan bilik yang mempamerkan barang-barang lama dan pingat serta menceritakan sejarah Masjid Niu Jie. Ada makam Imam. Ada bilik untuk belajar agama. Yang tak bestnya, di depan pintu masuk masjid, ada dua,tiga orang peminta sedekah. Kak Liza kata, tak pasti mereka ni muslim ke tidak. Sebabnya masjid memang sediakan agihan untuk fakir miskin. Kenapa perlu mereka meminta sedekah di depan pintu masjid? Entah la. Wallahu'alam.

Lepas tu, Kak Liza bawa kami shopping kat Niu Jie Muslim Supermarket. Beli maggi halal. Kemudian lepas shopping, kami pergi ke Da Sun Lau Restoran nak makan itik panggang. Makan itik dengan popia dan sup merpati maharaja berserta salad buah. Memang sangat kenyang. Alhamdulillah.
Hari keempat ; 17 July 2011 (Ahad) - Kami ke Beihang University. Beihang University ni famous dengan pilot tau! Kak Liza kata ada seorang mbak dari Indonesia nak sangat jumpa dengan kami. Mbak Milah namanya. Dia ni student master kat universiti tu. Ambil economic. Suaminya orang Pakistan. Ambil PhD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Ada seorang anak lelaki, Abdullah Azam namanya. *Nama macam Ketika Cinta Bertasbih kan? Bezanya yang itu Abdullah Kamarul Azam. Yang ini Abdullah Azam* Kesian Azam. Kaki dia tersepit kat celah-celah tayar basikal. Berbalut kaki sampai ke lutut. Comel. Mata bulat. Hidung mancung. Tinggi. Mesti handsome bila dah besar ni. hihi.

Kami lunch di rumah mbak. Mbak masak nasi Pakistan. Memang sedap. Dessertnya puding kastard dan tembikai. Selepas solat zohor, dan borak-borak kejap dengan mbak, kami bergerak ke National Stadium aka Bird Nest.

Tak jauh pun dari Foreigner Dormitory Beihang University tu. Naik subway je. Tapi kami tak sempat lama pun sebab hujan lebat sangat . Sempat la snap sekeping dua gambar kemudian kami bergerak pulang. Habis lencun bila sampai hotel. huhu.


Hari kelima ; 18 July 2011 (Isnin) - Hari ni kami ke Tian'anmen dan Forbidden City. YA ALLAH, ramai sangat orang. Lautan manusia. Pandang depan tak nampak jalan, nampak orang je. Kebanyakannya penduduk China. Jarang nak jumpa pelancong luar. Siap datang dengan rombongan lagi tu ha. Ada tour guide lagi!

Bila hari merdeka, mereka akan berkumpul di Tian'anmen ni la. Berarak dan bagi tabik hormat kat menteri. Kemudian kami bersesak-sesak masuk ke Forbidden City. Luas sangat Kota Larangan ni. Lenguh kaki berjalan dari pintu masuk utama ke pintu keluar di hujung kota.

Kat dalam Kota Larangan ni, ada 9999 buah bilik. Ramai sungguh gundik-gundik dan pahlawan maharaja kan? Rasanya rekaan Masjid Niu Jie diambil dari Kota Larangan ni. Memang nampak ada persamaan.

Kemudian, kami jalan balik ke tempat kami datang tadi. Kali ini kami melalui jalan luar. Kaki Kak Liza sampai berdarah-darah. huhu..Kaki masing-masing pun lenguh, sakit-sakit dan ada yang melecet.


Hari keenam ; 19 July 2011 (Selasa) - Hari ini seharian kami shopping. Lupa la pulak nama tempat tu. huhu. Yang bestnya, kami boleh bargain harga. Boleh bargain sampai dapat harga termurah. Tapi seram gak la tengok Kak Liza dan Ain bargain penjual tu sampai diaorang marah-marah. Tapi last-last, diaorang bagi juga. hihi.

Banyak la jugak kami borong souvenir. *Banyak ke? Untuk family dan orang-orang terdekat je* Kami beli keychain, fridge magnet, gelang, pashmina, alas meja makan, t-shirt. Benda-benda macam tu la.

Asyik sangat dok membeli-belah sampai lupa nak ambil gambar. hoho.

Hari ketujuh ; 20 July 2011 (Rabu) - Pada mulanya, kami tiada sebarang agenda pada hari ini. Cuma nak makan besar je; makan steamboat. Tapi entah macam mana, terkeluar idea nak ke Summer Palace. *Saya la yang beria-ia bila Kak Liza kata boleh je kalau nak ke Summer Palace. Dekat je dengan Beijing Foreign Studies University*

Kami naik bas, berhenti 7 stesen kemudian. Jalan kaki dalam 15 minit untuk ke pintu masuk Summer Palace. Jalan kejap, nampak tasik. Banyak pokok teratai dalam tasik tu. Tasik Kunming namanya. Lepas tu penat jalan kami naik bot. Kemudian sambung jalan lagi.

Istana ni tempat maharaja berehat time summer. Memang tempatnya cantik. Nyaman. Tenang. Teduh. Sejuk. Banyak pokok-pokok yang merimbun dan menghijau. Ada tasik yang menenangkan. Ditambah pula dengan kehadiran pokok-pokok teratai di keliling tasik. Memang indah sangat.

Kami mengambil masa selama 4 jam 15 minit untuk mengililingi keseluruhan Summer Palace. Whoa~ Memang catat rekod la. Turun naik jambatan. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Kemudian jalan lagi. Berhenti rehat kejap. Sambung jalan balik. Akhirnya jumpa pintu keluar. Rasa macam nak meloncat kegembiraan je time nampak tanda exit tu. Kaki dah lenguh dah. Melecet tak usah cakap la. Lagi penat, lagi sakit, lagi lenguh dari panjat Great Wall dengan jalan-jalan di Forbidden City. Fuuuuuuuuhhhhhhhh...Kak Liza pun kata, dia pun baru first time keliling Summer Palace. Dulu dia datang separuh pun tak habis pusing.

Selama ni saya cuma tahu yang Summer Palace ni cantik sebab dia istana dalam taman. Ada tasik. Ada pokok yang merimbun. Tapi saya tak tahu la pulak yang istana ini seluas ini. 900 km persegi kalau tak silap. Dan kami berjaya mengelilingi keseluruhan istana. Bayangkan. Tanpa sebarang persediaan. Hebat la jugak kan? *Hah ha! Naik lif tekan sendiri. Eh, mesti la..takkan nak suruh orang lain tekankan, ye tak? kih3*

Pada malamnya, kami ke Restoran Steamboat. Halal tau! Siap tulis, al-mat'amul Islami lagi kat papan tanda restoran. Memang best la makan steamboat. Sampaikan baju berbau-bau steamboat. hoho. Alhamdulillah, ada seorang hamba ALLAH yang baik hati nak belanja kami makan. Katanya dia rasa bersalah sebab tak dapat bawa kami jalan-jalan. Terima kasih banyak-banyak ye^^

Hari kelapan ; 21 July 2011 (Khamis) - Seawal jam 7 pagi lagi kami sudah check out hotel penginapan. Naik teksi ke Beijing Airport. Check in flight. Breakfast kejap. Masuk ke departure hall. On the way tu sempat lagi shopping coklat di duty free. Menghabiskan duit yuan yang ada bak kata teman-teman. heheh. Flight yang sepatutnya depart pukul 11.05 pagi, depart pada 1.30 petang. Alhamdulillah, kali ni dapat lunch atas flight sebab ada seafood. Masa datang tak dapat lunch. Dalam pukul 6 petang baru sampai di Suwon.

Ini antara makanan yang kami sempat rasa di Beijing. Beijing best sebab boleh dapat makanan halal dengan mudah sekali! Rindu itik panggang..Rindu sate daging. Rindu semua. Tapi awas! Makanan di sini agak masin dan berminyak.

p/s: Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Liza terutamanya, kepada Ain dan juga Saadiah. Kak Liza yang kirakan bajet untuk kami, tempahkan hotel, bawa kami jalan-jalan sepanjang berada di Beijing. Sangat sabar dengan karenah kami. Terima kasih banyak-banyak Kak Liza^^

Ain, terima kasih banyak-banyak. Cayalah cara awak bargain! hikhik.

Saadiah, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih belanja. Segan kami dibuatnya. Datang Korea nanti jangan lupa inform tau!

p/s/s: Nisaa, Krun dan Aini...terima kasih banyak-banyak jugak. Seronok jalan-jalan ngan korang. Maaf kalau ada salah dan silap. Nanti kita buat trip camni lagi eh. :P

p/s/s/s: Jazakunallahu khairan kathiran buat semua yang mendoakan perjalanan kami. Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali.

Buat family terchenta, tunggu ye..Ole-ole untuk kalian memang ada.hihi. =)
Buat kakakku sayang (you know who you are), adikmu ini insya-ALLAH tidak akan melupakanmu. Saya ada ole-ole untuk awak tau!

Thursday, July 14, 2011

Baraka ALLAHU Lakuma







Assalamu'alaikum wbt.

14 Julai 2011
Termeterai satu ikatan yang suci
Paduan dua jiwa
Disadur menjadi satu hati

Selamat pengantin baru diucapkan buat Kak Long Santi
Selamat bertunang diucapkan buat Kak Nani

Baraka ALLAHU lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a bainakuma fil khair

Semoga ALLAH memberkati kalian
Ketika Senang mahupun susah
Dan sentiasa mengumpulkan kalian dalam kebaikan.
Ameen...
Buat Kak Long Santi
Baraka ALLAHU lakuma
Wa baraka 'alaikuma
Wa jama'a bainakuma fil khair
Wa razaqakuma zurriyatan tayyibatan tanfa'ul islam wal muslimin.
Ameen...


p/s : Pukul satu nanti akan berangkat ke China. Mengembara mencari cinta Ilahi. Insay-ALLAH akan berada di sana selama seminggu. Doakan perjalanan kami selamat ye.^^