Sunday, February 6, 2011

Unforgettable 'Dating'

Assalamu'alaikum wbt.

Satu minggu yang penuh dengan jalan-jalan dan pelbagai aktiviti. 6 hari di Shah Alam jadi fasilitator untuk adik-adik batch 11 dan join banyak akitiviti kat sana. Semalam keluar dating dengan kamu. Hari ni dok cc nak register subjek,tapi tak dapat nak register la pulak.huhu...Betul cakap Nisaa. Kalau balik Malaysia mesti ada masalah masa nak register subjek. Kita dah rasa dah pun Nisaa..huhu..

Semalam dari pukul 9.30 pagi saya keluar rumah pukul 6.15 petang baru balik rumah. Wah....lamanya keluar dating. Habis satu KB tu kitaorang ukur semalam. heheh..Kalau orang yang pernah dating mesti diaorang tahu kan apa aktiviti semasa dating? Pergi jalan-jalan, shopping, makan-makan....Btw,thanks for the treat and the memory^^

Kamu selalu je cakap yang saya ni mesti macam tu. Kalau time mesej,time Y!M boleh je borak macam-macam. Bila jumpa mesti diam. Kamu tengok saya, saya tengok kamu. Kononnya melepaskan rindu la...dok tatap je wajah masing-masing tanpa sepatah kata.

Semalam tembok kebisuan saya tu pecah juga akhirnya. Betul ke? Tapi semalam kita dah borak dan sembang banyak perkara kan. Kamu cerita tentang kehidupan dan teman-teman kamu di UIA. Saya pulak cerita pasal kehidupan dan kawan-kawan saya di Korea. Walaupun masing-masing tak kenal kenalan masing-masing tapi takpe. Kita boleh tahu kisah masing-masingkan. Lepas tu borak tentang talk yang Ustaz Ridha sampaikan di UIA;Lets Get Married. Lagi la rancak perbualan bila dua-dua kenal Ustaz Ridha.

Pertemuan semalam saya boleh 'describe'kan dengan "Unforgettable Dating". Lets the memory remain in our heart and soul. Insya-ALLAH. Sayangkan semalam, kita tak tangkap gambar bersama. Kalau tak boleh jadikan kenang-kenangan. Tapi takpe, saya dah pun rakam gambar kamu dalam ingatan saya dan gambar itu sudah tersemat kukuh di dasar hati saya. Insya-ALLAH...

Bila lagi kita boleh keluar spend time dan dating macam semalam ye? Saya tahu...time kamu cuti saya pulak yang takde kat rumah. Huhu...Takpe la..kamu pun dah bertolak ke UIA pagi ni.Tahun ni kita dating bersama, tahun depan insya-ALLAH kita sambut raya bersama pulak ye..Tak sabarnya nak tunggu saat tu..

Harapnya ukhuwah yang terjalin antara kita akan kekal selama-lamanya. Bukan hanya di dunia, insya-ALLAH hingga ke syurga. Harapnya walaupun saya dan kamu sudah berkeluarga nanti, kita masih menjalinkan persahabatan ini. Moga suami-suami kita juga boleh menjalinkan persahabatan seperti mana yang isteri-isteri mereka jalin. Begitu juga dengan anak-anak kita nanti. Insya-ALLAH. Uhibbuki fillah ya ukhti...Saranghae...Aishiteru...Wo ai ni....

p/s: Saya dah dating dengan kamu (you know who you are ;P)...Saya juga nak dating dengan awak, Fatin Marini...Agak-agak bila kita boleh dating sama-sama ye?