Monday, January 24, 2011

"Bersahabat Hingga Ke Syurga"

Assalamu'alaikum wbt..

Sudah hampir 2 minggu jejak Tanah Melayu..Jejak Tanah Cik Siti Wan Kembang... Macam-macam dah jadi dalam masa 2 minggu ni. 2 minggu yang banyak mengajar erti persahabatan, erti pertalian dan erti ukhuwah.

Walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari saya tinggal di rumah je,tapi banyak benda yang saya realize balik. Ye la...bila dah tiada benda yang hendak dibuat, tiada assignment yang menuntut untuk diselesaikan, tiada aktiviti untuk diisi...Masa saya banyak dihabiskan dengan marathon novel la jawabnya. Orang tua-tua kata, "Sehari selembar benang,lama-lama menjadi kain". Saya pula kata, "Sehari sehelai kertas, lama-lama menjadi buku". Erk? Macam tak masuk je..Ngee~

Bermula dengan Warna, Patricians vs Aurora, Relevankah Aku Di Hatimu aka RADHA; itu novel-novel yang saya belum baca dan dah dikhatam kesemuanya (kalau hari-hari dapat khatam satu juzuk kan ke bagus cik kak?). Kemudian marathon novel-novel yang sudah dibaca pula. Versus saya mulakan balik pembacaan dari awal muka surat sehingga ke noktah akhir. Sekarang sedang baca Denyut Kasih Medik nukilan Dr.Farhan Hadi.

Bila baca balik Versus, it makes me realize that to be a good person ain't that easy. Definisi 'baik' tu pun hanya senang apabila meniti di bibir lidah, namun sukar untuk diaplikasi dan dipraktikkan.

Things're easier said than done,right? Banyak lagi yang kena improve ni. Mungkin cerita itu hanya rekaan penulis semata-mata, namun apa yang dicerita itu memang benar-benar terjadi di dunia nyata. Saya nak jadi macam Ashraff Omar, saya nak jadi macam Minn Edina. Kalau diaorang boleh berubah dari street ke jalan Ilahi, kenapa tidak saya?

Membaca RADHA membuatkan naluri saya membuak-buak untuk ke Jepun. Suasana DnT di sana memang betul-betul menarik minat saya untuk tahu dengan lebih terperinci. Haila~bila nak ke Jepun ni?

Dalam saya tidak sedar, saya rindukan suasana ukhuwah itu. Rindukan teman-teman seperjuangan di Korea sana. Rindu juga dengan teman-teman di sini. Memang dalam setiap keadaan, kawan itu perlu. Saya juga rindukan kamu.

Di kala kita gembira, ada kawan yang meraikan,
Di kala kita sedih, ada teman yang menenangkan,
Di kala kita kealpaan, ada sahabat yang mengingatkan.

Itulah pentingnya persahabatan. Hidup ini tidak akan lengkap tanpa teman di sisi. Namun berpada-padalah dalam memilih rakan.

Kawan baik akan menunjukkan jalan,
Kawan jahat akan memutuskan talian.

Kalau boleh saya nak ukhuwah yang terjalin ini akan berkekalan. Ustaz Hasrizal kata, "Bercinta sampai ke Syurga". Saya pula kata, "Bersahabat hingga ke Syurga".

Teman,
Jika diri ini ada membuat khilaf..maafkanlah
Jika diri ini ada membuat silap..tegur-tegurlah
Jika diri ini terjerumus ke lembah kehinaan..tariklah
Jika diri ini terpesong dari laluan..perbetulkanlah

Saya tahu, saya ni tidaklah berapa pandai dalam meluahkan rasa dan bukannya orang yang jenis mudah mesra. Namun, insya-ALLAH saya akan cuba untuk menjadi kawan,teman dan sahabat sebaik mungkin.

No comments: