Saturday, April 24, 2010

Hatimu Untuk Siapa?

“Mak,kalau mak la kan..antara orang yang sayangkan kita dengan orang yang kita saying,yang mana satu yang menjadi pilihan hati mak?”,tanya Aleya Farhana kepada ibunya.
Puan Sakinah tersenyum mendengar pertanyaan anak gadisnya itu.Lalu dia menjawab,”Kedua-duanya pun bukan….”

Aleya Farhana kelihatan tercengang.Jelas dia tidak memahami kenapa ibunya berkata sedemikian.Puan Sakinah mengukirkan senyuman lagi.Setelah itu dia menyambung,”Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana ALLAH…”

Sekali lagi Aleya Farhana tersentak dan dia menarik nafas dalam-dalam mendengar bicara tersebut.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?”
Puan Sakinah diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.Puan Sakinah dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin anaknya itu mampu menyorokkan rahsia hati darinya sedangkan sekilas pun dia sudah mampu membacanya..

Puan Sakinah merenung dalam-dalam wajah anaknya. Puan Sakinah menyusun ayat-ayatnya.
“Keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”

Aleya Farhana memintas,“Tak faham…”

Puan Sakinah menyambung, “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..
Wajah Aleya Farhana memerah, sedikit cemas jika ibunya dapat mengesan gelora jiwa mudanya itu..

“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? “
Puan Sakinah berhenti seketika melihat reaksi anak gadisnya. Aleya Farhana tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Puan Sakinah buat-buat tidak nampak.

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tok wan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik- beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.”

Puan Sakinah merenung jauh. Aleya Farhana merapatkan badan kepada ibunya, dia semakin berminat dengan kisah lama ibunya itu.

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? “,soal Aleya Farhana sambil memandang tajam wajah ibunya.

Puan Sakinah ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah... Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..”,Puan Sakinah memandang Aleya Farhana sambil memegang pipi dan dagu anak gadisnya itu. Kemudian tangannya mengusap rambut anaknya lembut..

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazahnya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej Islam. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan...,"panjang lebar Puan Sakinah menyingkap kenangan silamnya. Ada getar di hujung suaranya..

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat ..”, sambung Puan Sakinah lagi.

Aleya Farhana terdiam. Dia berfikir cuba memahami maksud ibunya itu.‘Adakah ia suatu diskriminasi?’,hati kecilnya berkata-kata.

“Kakak..Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”,Puan Sakinah menyambung bicaranya setelah agak lama menyepi.

Tiba-tiba air mata Aleya Farhana mengalir. Argh! Egonya kalah bila mendengar hujah ibunya itu.

Puan Sakinah meneruskan bicaranya,“ ALLAH itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hamba-NYA.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-NYA ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidaksemestinya memilikinya.”

“Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.”

“Cuba kakak renungkan.. .kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha ALLAH. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha ALLAH. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. “Puan Sakinah berhenti seketika.

“Kakak…jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai ALLAH, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan ALLAH sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai ALLAH. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulang kali yang kita benci sekian-sekian hal kerana ALLAH semata-mata….”

“Kakak…Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. .Hanya ALLAH yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan ALLAH sebab kita nak DIA pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila DIA pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan ALLAH.Bercinta dengan ALLAH sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta ALLAH, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.”

“Kakak..Walau siapapun jodoh yang ALLAH hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah ALLAH ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian ALLAH dan belajar untuk bersyukur.”

Sekali lagi berjuraian air mata Aleya Farhana sesudah Puan Sakinah menamatkan kata-katanya. Terasa lemah lutut Aleya Farhana hendak berdiri.Puan Sakinah menarik tubuh Aleya Farhana dan memeluknya erat. Pelukan yang sangat-sangat kuat.

“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai ALLAH.Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada ALLAH untuk DIA pelihara.Puan Sakinah mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir di pipi tuanya.

diambil dari remajamasjid diolah dan diedit...

4 comments:

ForMeAndForYou said...

hihihi...기대된다^^
best citer ni..

Nadzipah said...

나두 나두...기대된다^^
best kan?harap2 jadi camni gak la..insya-ALLAH..

kruN. said...

huahaha terase bahang die ekekekeke~ yela2 pasni xnk benci org huh! T.T

Nadzipah said...

heeheehehe....terase ye cik krun?kekekekeke...'jgn terlampau membenci seseorg,nnt kita akan terlebih suka kt dia..jgn terlampau suka seseorg,nnt kita akan terlebih benci kt dia'...renungan besama.huhuhu...
xde la..pape pun berserahlah pada YANG MAHA ESA^^