Friday, May 29, 2009

Azira sedang asyik termenung di birai katilnya.Dia masih mencari-cari apakah kesalahan yang telah dia lakukan.Puas difikirkannya,namun dia masih belum menjumpai punca yang menyebabkan kawan-kawannya seakan-akan memulaukannya.

"Apa yang aku dah buat kat diaorang?Kenapa diaorang tak hiraukan aku?"

Semakin lama difikirkan semakin buntu fikirannyaSemua rasa berbaur menjadi satu.Akhirnya dia menangis teresak-esak.

Pernahkah anda menghadapi situasi sebegini?Jika pernah,apakah perasaan anda? Bagaimanakah rasanya bila diri disisihkan oleh orang sekeliling?Tentu sedih bukan?Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi itu.Tiada seorang pun kawan yang datang untuk membimbing ,memberitahu dan membetulkan balik kesalahan yang anda dah lakukan.Tentu perit sekali diperlakukan sebegini rupa.

Jika kawan kita melakukan kesalahan,kita tidak boleh bertindak memulaukannya terus.Perbuatan itu akan menyebabkan dia terus hanyut dengan kesalahan yang telah dia lakukan.Selain itu juga,secara tidak langsung akan membantutkan keinginannya untuk berubah.Cuba bayangkan dia sudah berkobar-kobar untuk berubah,tapi tindakan orang sekeliling yang menyisihkannya akan terus mematahkan semangatnya untuk berubah.

Saya percaya sebagai seorang muslim,semua orang dah tahu kalau buat benda ni berdosa,kalau buat benda tu dapat pahala.Ini perkara baik,itu perkara buruk.Walaupun demikian,ramai juga yang melakukannya kan?Kenapa mereka tetap melakukan perbuatan itu jika mereka dah tahu dan dapat nilai baik buruknya?Ha,di sini la kita kena faham dan tahu bahawa ada masanya manusia ni lemah.Dia dah tahu apa yang dia buat tu salah tapi disebabkan tiada teman yang bersungguh-sungguh mahu membawanya kembali ke pangkal jalan dan menyedarkannya,dia terus-menerus melakukan kesalahan itu.

Malah,kawan-kawan di sekeliling tidak mahu bercakap dan meninggalkan dirinya keseorangan.Keadaan ini akan membuatkan dia tertekan.Lantas,bagaimana dia nak ada kekuatan untuk pulang?

Siapa yang nak tarik tangan dia dah berkata,"Jangan Azira,ini semua tak betul"? Siapa yang mahu masuk ke biliknya dan bersembang dengannya bila dia melakukan kesalahan dan berkata,"Azira,aku rasa kau tak boleh buat macam tu..."?

Siapa??

ANDA!!!

Sebagai seorang sahabat,kita memainkan peranan penting dalam membetulkan kesilapan yang sahabat kita lakukan.Apatah lagi jika perkara ini terjadi kepada pelajar-pelajar yang belajar di luar negara.Sukar bukan?

Sudah la berjauhan dengan keluarga,sanak-saudara dan sahabat-handaiyang tahu hati budi kita.Yang ada sekarang cuma kawan-kawan yang usia perkenalannya hanyalah setahun jagung.Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka yang diharapkan meminggirkan kita.Apakah perasaan anda diperlakukan sedemikian?Kawan-kawan yang diharap untuk bersama ketika susah dan senang meninggalkan diri kita terkapai-kapai kelemasan.

Saya tak nafikan kesalahan yang dilakukan tetap menjadi kesalahan.Tetapi sebagai seorang kawan,kita seharusnya menyelamatkan kawan kita itu daripada terus hanyut mengulangi kesalahan yang dilakukan.Apa yang saya nak tekankan di sini ialah bagaimana reaksi orang sekelilingnya bertindak.Perkara ini yang perlu diperbetulkan.

Ramai yang kata,"Kami ialah orang yang membawa dakwah,orang yang membawa ISLAM".Tetapi bila ada saudara sesama ISLAMnya yang gugur,dia telah membiarkan saudaranya itu terkapai-kapai keseorangan.Beginikah cara seseorang yang mengaku membawa dakwah bertindak?

Mereka sebaliknya berkata,"Ala..dia kan dah tahu dosa pahala.Dah dia yang pilih jalan tu,nak buat macam mana?"

Seharusnya kita kena sedar bahawa hidup ini ibarat roda.Kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.Walaupun dia dah tahu dosa dan pahala,tetapi dia masih perlukan nasihat dan teguran yang sentiasa memperingatinya tentang dosa dan pahala itu.

Adakah seseorang itu boleh dipanggil da'ie apabila dia hanya membiarkan sahaja da'ie yang lain gugur tanpa menghulurkan bantuan?Tentu tidak bukan?

Di sini kita perlu bersikap adil.Jangan sesekali meninggalkan kawan kita itu keseorangan.Kita kena ingat yang ALLAH tetap menerima taubat hamba-hamba-NYA selagi hamba-NYA itu tidak mensyirikkan-NYA,buatlah dosa banyak mana sekali pun ALLAH tetap Maha Pengampun bagi hamba-hamba-NYA yang bertaubat.

Nampak tak wahai sahabatku sekalian?Sesungguhnya ALLAH tidak pernah menyisihkan hamba-hambanya walau sedikit pun.Layakkah kita sebagai manusia biasa menyisihkan manusia lain hanya disebabkan kesalahan kecil yang dilakukan?Sedangkan kita tidak mengetahui bilakah akan tiba giliran kita diuji oleh ALLAH.Mungkin hari ini kita tengok teman kita diuji.Mana tahu,esok-esok kita pula yang diuji.

Sesungguhnya hidup ini penuh dengan ujian.Namun,siapalah manusia tanpa ujian dan dugaaan?


Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan anda semua,jadilah sahabat yang bersama-sama ketika susah dan senang.Bimbing dan tegurlah sahabat anda ke arah kebaikan.Jangan terus menghukum sahabat anda kerana kesalahan yang dilakukannya.Bantulah dia untuk kembali dan tidak mengulangi kesalahannya.






No comments: